Sunday, November 15, 2009

sepanjang minggu pertama dan kedua November.

Salam kebahagiaan buat semua warga SEMEKAP khasnya dan para pengunjung blog amnya.

Berikut adalah aktiviti yang telah diadakan sepanjang minggu lalu di SMK Apin-Apin, Keningau Sabah.

1. Satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah seliaan Pusat Sumber sekolah telah diadakan serentak di seluruh negara. Program tersebut adalah Program Tabiat Membaca 1Malaysia. Pelbagai aktivit telah diadakan oleh Pusat Sumber SMK Apin-Apin, antaranya Pertandingan Membaca Secara Spontan oleh pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Lebih kurang 10 pelajar telah menunjukkan bakat membaca secara spontan tersebut. Selain daripada itu, beberapa orang pelajar dan guru yang terpilih telah membuat ulasan tentang buku yang telah dibaca.

2. Serentak dengan itu juga, latihan rumah sukan telah pun bermula. Manakala tanggal 6hb November 2009, Kejohanan Merentas Desa bagi sesi 2010 telah pun dijalankan. Rumah sukan Satria mengungguli kejohanan kali ini.

3. Bermula 11hb-13hb November 2009 pula, Kejohanan Sukan Olahraga SMK AA kali ke-31 sesi 2010 diadakan. Acara 3 hari berturut-turut ini memberikan saingan yang begitu sengit di antara semua rumah sukan. Sebanyak 56 acara dipertandingkan. Kali ini rumah Wira muncul juara keseluruhan dengan dua atlit wanitanya berjaya meraih gelaran Olahragawati kumpulan A dan B bagi sesi 2010.

Adik Suresh Kumar menjadi pembawa obor manakala Adik Jecrya Malujim sebagai pembaca ikrar. Rumah Perdana muncul juara bagi Pertandingan Perbarisan dengan setiap ahli mengenakan pakaian berwarna kuning simbol warna rumah Perdana.

Olahragawan A : Fardy Hady Markus - 5 emas (Perdana)
Olahragawan B : Suresh Kumar Kamal Muthu - 3 emas (Waja)

Olahragawati A : Wasti Alip - 3 emas, 1 perak (Wira)
Olahragawati B : Lydiana Sisom - 3 emas (Wira)

4. Pada hari Sabtu 14hb November 2009, para guru dan kakitangan bukan mengajar (KTBM) sekolah sama-sama memeriahkan hari keluarga 2009 yang dianjurkan oleh Kelab Warga SMK AA 2009. Anak-anak warga SMK AA sesungguhnya menghidupkan suasana pada hari berkenaan dengan pelbagai acara yang menarik seperti berebut gula-gula, meniup belon sehingga pecah, pertandingan mewarna, Amazing Race Kids dan Reading Competition yang diselia oleh cikgu Doreen dan dibantu oleh para pelajar tingkatan 3 Intelek. Beberapa orang guru yang mendapat kenaikan pangkat, baru menimang cahaya mata, baru mendirikan rumahtangga dan bakal meninggalkan sekolah turut diraikan dan tuan pengetua telah sudi menyampaikan cenderakenangan kepada mereka.


p/s: gambar akan diupload kemudian.

No comments: