Sunday, November 1, 2009

aktiviti penghujung tahun

Salam kepada semua warga SEMEKAP. Lama sudah rasanya blog ini tidak dikemaskini. Maaf di atas segala kesulitan dan kelewatan.

Kali terakhir, cerita yang dipaparkan adalah Titipan Restu pelajar PMR. Sekarang, semua pelajar PMR telah pun selesai dengan peperangan masing-masing. Sementara menunggu tutupnya semester tahun 2009, hari mereka telah diisi dengan aktiviti anjuran UBK dan Unit Ko-kurikulum dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Daerah Keningau iaitu Program Rakan Muda. Program yang diselaraskan seratus peratus oleh Cikgu Kennedy Alip akan berakhir pada 4hb November nanti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan.

Bagi pelajar lain, peperiksaan akhir tahun juga telah selesai. Pada 29hb Oktober yang lalu, perjumpaan rumah sukan kali telah diadakan bagi pendaftaran atlit bagi kejohanan olahraga sekolah bagi sesi 2010.

Pemulangan buku teks juga telah dilakukan.

Selain daripada itu, pada hari Jumaat bersamaan 30hb Oktober, pihak Pusat Sumber telah mengadakan Pertandingan Membaca secara Spontan bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 sempena Kempen Tabiat Membaca 1Malaysia yang diadakan serentak di sekolah seluruh negara. Selain pertandingan membaca secara spontan, beberapa aktiviti lain akan turut diadakan
pada minggu hadapan.

p/s: tiada gambar untuk entri ini.

1 comment:

Anonymous said...

great.. :)