Thursday, March 18, 2010

Februari dan Mac (1)

Pihak pengurusan blog mengucapkan ribuan ampun dan maaf kerana lama meninggalkan blog Semekap ini. Bersawang bak kata orang. Banyak aktiviti dan program sehinggakan saya selaku pengurus blog tidak sempat untuk mengemaskini blog. Jadi, kita teruskan.

Februari

1. Bengkel Penyemakan Buku Rekod Perkhidmatan telah diadakan pada 4 Februari yang lalu. Semua guru adalah diwajibkan terlibat. Pada bengkel tersebut, tuan Pengetua telah memberi taklimat dan peringatan tentang BRP.

2. Kesemua guru Bahasa Inggeris terlibat dengan Kursus Perluasan dan Pemantapan Pedagogi yang diadakan secara berperingkat bermula Februari 2010 sempena MBMMBI. Kursus selama 3hari bagi setiap peringkat tersebut menekankan tentang pelaksanaan pedagogi kepada guru-guru yang terlibat.

4. Tanggal 21 Februari iaitu selepas Tahun Baru Cina, satu sambutan diadakan di Semekap serentak dengan gotong-royong RIMUP 2010. Pihak sekolah telah menjemput kumpulan tarian naga bagi membuat persembahan istimewa di hadapan bangunan sekolah. Persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada para pelajar dan guru-guru.
*gambar akan dikompilasikan kemudian*

5. Kemudian, pasukan balapan dan padang SMK Apin-Apin telah menyertai Kejohanan Trek dan Padang Peringkat MSSD Keningau 2010 di Kompleks Sukan Keningau. SMK Apin-Apin telah melonjak naik dari tangga ke-sembilan pada kejohanan yang lalu ke tangga ke-8. Beberapa orang pelajar telah terpilih untuk mewakili ke peringkat bahagian yang diadakan di Tenom pada Mac 2010.

Mac (Bahagian 1)

1. Membuka tirai Mac 2010, SMK Apin-Apin telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah Keningau. Sebanyak tujuh buah pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Meskipun SEMEKAP tidak mengutip sebarang kemenangan namun penganjurannya berjalan dengan lancar. SMK Gunsanad 2 menjadi juara mengalahkan SM Teknik.

2. Selain daripada pertandingan Bahas, pada tarikh yang sama iaitu 4 Mac, pihak sekolah telah menghantar pasukan Pantun di bawah bimbingan Cikgu Jaidi Paidi ke SMK Sook bagi pertandingan Pantun peringkat Daerah Keningau. Berdepan dengan beberapa masalah teknikal, sekolah kita berjaya mengekalkan gelaran juara yang disandang oleh pasukan tahun lalu.

3. Selama 3 hari bermula 9 Mac, Penilaian Kurikulum 1 telah diadakan untuk semua tingkatan.

4. Sekolah juga telah menghantar pasukan bola tampar dan tarian yang diadakan di SM Teknik pada 9 dan 10 Mac. Pasukan bola tampar terpaksa pulang awal manakala pasukan tarian berjaya mencapai rentak yang indah dan bergelar juara di pertandingan tersebut.

5. Sekolah bercuti selama seminggu bermula 13 - 21 Mac.


*gambar-gambar akan dikompilasi kemudian*