Thursday, January 28, 2010

Januari 2010

Salam kepada semua warga SMK Apin-Apin khasnya dan semua para pembaca amnya.

Tahun 2010 telah lama muncul dalam diari kehidupan setiap manusia di muka bumi ini. Ini bermakna sudah hampir sebulan sekolah dibuka. Sudah banyak aktiviti dijalankan dalam tempoh sepanjang sesi persekolah 2010 dibuka.

1. Seperti kebiasaan, awal tahun pihak sekolah sibuk dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru terutama sekali yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan menengah. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 untuk sesi 2010 dibuka pada 2 dan 3 Januari 2010 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Sebelum itu, satu mesyuarat awal tahun telah diadakan pada 1 Januari 2010 di bilik mesyuarat SMK Apin-Apin.

2. Sebaik sahaja sesi persekolahan dibuka, semua guru dan pelajar terus memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya pelajar tingkatan 1 sahaja yang berada di dewan untuk minggu orientasi. Minggu orientasi pelajar tingkatan 1 ini diselaraskan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan dibantu oleh beberapa orang PRS dari sesi 2009. Minggu orientasi berlangsung selama 5 hari bermula dari hari Isnin (4 Jan) dan berakhir pada hari Jumaat (8 Jan).








3. Selain daripada minggu orientasi pelajar tingkatan 1 dan sesi P&P, latihan dan pemilihan atlit untuk acara merentas desa serta balapan dan acara padang peringkat MSSD telah diadakan pada awal Januari sehingga sekarang. Para atlit telah dikerah untuk menjalankan latihan intensif sepanjang bulan Januari berikut acara merentas desa akan diadakan pada 30 Januari ini di mana SMK Bingkor menjadi tuan rumah untuk acara kali ini.

4. Terbaru, satu majlis jamuan ringkas telah diadakan sempena perpisahan dua orang guru yang berjaya mendapat kenaikan pangkat dan menjawat jawatan masing-masing di sekolah baru. Mereka adalah Cikgu Bryler Wee Supitang dan Ustaz Mohd Ghazali bin Mohd Zaid. Cikgu Wee ditukarkan ke SMK Keningau 2 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik, manakala Ustaz Mohd Ghazali dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum di SMK Nabayan, Tambunan.


5. Selain daripada kedua-dua guru tersebut, Cikgu Jafley juga telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik menggantikan Cikgu Wee. SMK Apin-Apin juga mengalu-alukan kedatangan dua orang guru iaitu Cikgu Hamiun Suani yang bertugas sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum dan juga guru yang baru bertugas Cikgu Deavie. Cik Fedelia dari UMS pula merupakan guru pelatih bagi sesi Januari- Mac 2010.


Sekian.