Monday, January 31, 2011

Agenda Januari 2011

Salam buat semua

Mungkin tirai 2011 sudah lama dibuka... namun, tidak salah rasanya pihak pengurusan blog mengucapkan selamat tahun baru dan selamat meneruskan alam persekolahan kepada semua warga SMK Apin-Apin.

Untuk kalendar 2011, minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1 berjalan seperti tahun-tahun yang sudah. Selama seminggu para pelajar didedahkan dengan cabaran dan kehidupan mereka sebagai pelajar sekolah menengah.

Bermula Januari 2011 juga, para atlit SMKAA telah bersiap sedia untuk pertandingan olahraga peringkat daerah yang bakal berlangsung pada bulan Februari nanti. Selain daripada para atlit olahraga, para pemain sekolah yang lain seperti bola tampar, bola sepak, bola jaring dan ragbi turut sama menjalani latihan intensif untuk menghadapi saingan di peringkat daerah.

28 Januari 2011 juga menjadi titik tolak permulaan program bersama ibu bapa yang akan diadakan dalam 3 fasa. Fasa 2 dan fasa 3 akan diadakan dalam mula Mei dan juga Oktober.

Tarikh 29 Januari 2011 sekali lagi menjadi sejarah bagi warga SMKAA apabila sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Merentas Desa MSSS Sabah 2011. Dalam tempoh 3 tahun kejohanan, SMKAA telah dua kali terpilih untuk menjadi penganjur bagi acara besar peringkat negeri Sabah. Atlet merentas desa MSSS seluruh Sabah telah berkumpul di padang SMKAA bagi kejohanan tersebut.

Februari ini diharapkan segala program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sekolah bercuti dari 31 Januari - 6 Februari sempena Tahun Baru Cina.

Selamat Tahun Baru Cina.

Salam.

No comments: